KONSEP
PERMAINAN
PENGENALAN
WORMS 2 merupakan
permainan jenis `turn based strategy` di mana 2 hingga 6
pasukan (kawalan manusia@komputer boleh bertarung di atas
pelbagai jenis lanskap yang berbeza .Setiap pasukan mempunyai giliran tertentu
untuk menyerang lawan masing-masing dengan menggunakan peralatan dan senjata
yang disediakan.
SISTEM TURN-BASED
Dalam WORMS
2 , setiap pemain mempunyai masa yang
ditetapkan bertindak sebelum ia bertukar tangan kepada pemain lain. Sepanjang
masa yang diberikan ,anda boleh memilih Worm anda yang mana hendak digerakkan
berdasarkan situasi.
MASA
Dalam had masa setiap giliran(boleh diubah),setiap
perlawanan mempunyai had masa sebelum perlawanan kalah mati (sudden
death) iaitu masa tambahan. Pada masa SUDDEN DEATH ,tenaga
akan dikurangkan kepada satu unit dan hanya sedikit serangan sahaja sudah
mampu membunuh musuh anda.! Walau bagaimanapun anda harus cepat kerana
paras air akan meningkat selepas setiap giliran.
PELBAGAI LANSKAP
Setiap kali anda bermain WORMS
2 , permainannya akan berbeza-di jamin!
Pelbagai keadaan yang sentiasa berubah pasti membuatkan anda dapat menghayati
keseronokkannya.
SENJATA DAN STRATEGI
Setiap pasukan Worm yang anda mainkan dibekalkan
dengan senjata yang terhad(sesetengah senjata), jadi anda mestilah menggunakan
strategi untuk mencapai kemenangan mutlak!!
Untuk merancang strategi anda mempunyai masa
yang terhad, jadi gunakanlah peluang dan kemahiran yang ada.Anda boleh
menentang musuh anda dengan pelbagai cara seperti serang hendap atau tunggu
dan lihat ataupun anda boleh mereka strategi anda sendiri.
Melankoli Digital '
Vokane .pak
guard , Plague
1 Blax 3Shaniel
7Eyie 9Melankoli.../